Thursday, November 4, 2010

15) CARA PENGKEBUMIAN JENAZAH

§ Jenazah Muslim tidak dikuburkan bersama mayat orang kafir atau sebaliknya.

§ Disunat menguburkan jenazah di kawasan perkuburan.

§ Para syuhada hendaklah dikuburkan di medan peperangan iaitu tempat mereka syahid dan tidak boleh dipindahkan di tempat lain.

§ Jenazah dibawa ke kubur dengan menggunakan pengusung 4 penjuru.

§ Bagi orang yang melihat jenazah diusung ke perkuburan, disunatkan ia berdiri sehingga mayat itu hilang dari pandangannya.

§ Boleh menguburkan 2 jenazah atau lebih dalam 1 lubang kubur kerana keadaan yang darurat atau terdesak.

§ Kubur hendaklah digali secara melintang kearah kiblat sama seperti kita meletakkan mayat ketika ia hendak di solatkan.

§ Cara meletakkan mayat itu di dalam kuburnya, hendaklah mayat itu dimasukkan dengan menghulurkan kepalanya ke dalam dan disambut oleh 3 orang yang menanti di dalamnya. Kemudian dibaringkan di atas lambung kanan menghadap kiblat. Setelah itu ditutup liang lahad itu dengan papan dan dikambuskan.

§ Sesudah lubang kubur ditimbus, tanahnya hendaklah ditinggikan sejengkal dan diratakan, kemudian dipacakkan baru nisannya di bahagian kepala dan kakinya lalu dijiruskan air di atas kubur itu dimulai dari kepala hingga ke kakinya.

§ Orang yang membaca talkin untuk mayat itu hendaklah duduk di bahagian muka mayat dengan membelakangkan kiblat. Sementara orang yang hadir pula berdiri dengan mengangkat tangan mendoakan mayat itu semoga ditetapkan hati dan diampunkan dosanya.

“MOHONLAH KEAMPUNAN BUAT SAUDARA SEKALIAN, DAN MOHONLAH UNTUK KETEGUHAN, KERANA SEKARANG DIA SEDANG DITANYA.”

1 comment:

  1. assalamualaikum..
    mcm mana cara nk kebumikan org yg minngal disebabkan oleh tsunami?

    ReplyDelete